Malaysia Relief Agency agih makanan, selimut kepada mangsa perang Lubnan

Iklan
Khairil Annuar Khalid (dua dari kiri) memberi bungkusan makanan kepada salah seorang pegawai Malbatt di Beirut, Lubnan.

SHAH ALAM - Malaysia Relief Agency (MRA) mengagihkan bungkusan makanan dan selimut kepada pelarian dalam negara (IDP) di selatan negara Lubnan yang terjejas teruk akibat peperangan.

Iklan
Iklan

Timbalan Presiden 1 MRA, Khairil Annuar Khalid berkata, sebanyak 190 bungkusan makanan dan 110 selimut telah diagihkan kepada IDP yang terkesan.

Menurutnya, situasi berbahaya di sana tidak menjadi penghalang agensi tersebut menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk mangsa peperangan di negara itu.

Iklan
Khairil Annuar Khalid (kiri) memberi bungkusan makanan kepada salah seorang pegawai Malbatt di Beirut, Lubnan.

"Pecahan agihan adalah sebanyak 60 bungkusan makanan, 60 kain selimut di Daraiya, 50 bungkusan makanan, 50 selimut diberikan di Kem El Chamali dan 40 bungkusan makanan di Kem Ein El-Hilweh.

"MRA juga mendapat bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia; Batalion Malaysia 850-12 (MALBATT 850-12) yang membawa misi selaku Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) untuk mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa IDP.

Iklan

"Kami turut menyediakan 30 bungkusan makanan dan 30 selimut untuk anggota MALBATT, diperkuat seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai serta 772 anggota lain-lain pangkat serta seorang Pegawai Kewangan Awam daripada Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Khairil Annuar Khalid (dua dari kiri) memberi bungkusan makanan kepada salah seorang pegawai Malbatt di Beirut, Lubnan.

Dengan konflik yang berlaku itu, ia telah melonjakkan jumlah IDP sebanyak 1.5 juta sehingga dua juta orang.

Kata Khairil Annuar, disebabkan perkara tersebut ramai kehilangan ahli keluarga, saudara mara dan rumah akibat bedilan serangan udara Israel yang secara tidak langsung sentiasa meningkatkan jumlah mangsa peperangan di seluruh Lubnan.

"Semalam, ketika berada di salah sebuah hotel penginapan di Beirut untuk meneruskan perjalanan pulang, kami dapat dengar dengan jelas dron Israel dekat dengan kedudukan kami,” ujarnya.

Sumbangan dan bantuan kemanusiaan Lubnan boleh dibuat ke akaun Maybank MRA, 564098208020 atau hubungi ibu pejabatnya di talian 603-91744672.