Pemuda UMNO turun ke Terengganu, Kelantan misi bantuan banjir

Iklan
Muhamad Akmal (dua dari kanan) menyantuni mangsa banjir.

SHAH ALAM - Pemuda UMNO akan turun ke Terengganu dan Kelantan bagi misi bantuan mangsa banjir.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau telah mengarahkan semua Pemuda UMNO bahagian untuk membantu masyarakat sekitar yang terkesan.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH bantuan akan sampai di Terengganu dan Kelantan dalam tempoh terdekat ini.

"Moga semua saudara kita yang diduga dengan ujian banjir dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan baik buat mereka.

Iklan

"Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang Khamis, berbanding yang direkodkan sebelah paginya.

Iklan

Banjir di Kelantan makin buruk apabila 50,068 penduduk telah dipindahkan ke 206 pusat pemindahan sementara (PPS), manakala di Terengganu meningkat daripada 8,215 pagi tadi kepada 14,111, dengan Besut masih menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa seramai 5,076 orang di 69 PPS.