Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak gunakan media sosial

Iklan
Gambar hiasan 123RF.

ISTANBUL - Dalam keputusan bersejarah, Senat Australia pada Khamis meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak dan remaja daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.

Undang-undang itu yang diluluskan pada hari terakhir sesi Senat yang sedang berlangsung, berkuat kuasa pada penghujung tahun depan, selepas itu individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.

Iklan
Iklan

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mempertahankan langkah itu dengan menyatakan ia adalah"perlu untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.”

Bagaimanapun, di bawah undang-undang baharu itu, syarikat media sosial tidak boleh memaksa pengguna untuk memberikan pengenalan rasmi kerajaan, termasuk ID digital, untuk menilai umur mereka, menurut ABC News.

Iklan

Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Parlimen pada Rabu, turut mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta (AS$32 juta) bagi platform yang gagal mematuhi peraturan itu.

Seramai 34 senator mengundi menyokong manakala 19 menentangnya. Namun, Dewan Perwakilan meluluskan undang-undang ini dengan sokongan 102 undi berbanding hanya 13 ahli parlimen yang menentang larangan itu.

Iklan

Sebelum ini, Albanese berkata media sosial"menyebabkan kemudaratan sosial."

"Kami mahu kanak-kanak Australia mempunyai zaman kanak-kanak yang sebenar dan kami mahu ibu bapa tahu yang kerajaan di sisi mereka.

"Ini adalah reformasi penting. Kami tahu sesetengah kanak-kanak akan mencari jalan menggunakannya (media sosial), tetapi kami ingin menghantar mesej kepada syarikat media sosial untuk memperbaiki tindakan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada 21 November. - Bernama