Cari calon suami tak kentut merata-rata, miliki banglo

Iklan
Iklan cari jodoh itu turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi

NEW DELHI - Seorang wanita menetapkan kriteria unik untuk calon suaminya di ruangan iklan mencari jodoh.

Iklan itu yang turut menjadi tular dikongsi 'feminis' berusia 30 tahun yang bekerja di sektor sosial di India.

Iklan
Iklan

Pasangan ideal yang dicarinya adalah lelaki bertubuh tegap berusia 25 hingga 28 tahun yang berjaya dalam perniagaan serta memiliki banglo atau rumah ladang seluas lapan hektar.

Selain itu, kriteria tambahan yang ditetapkan adalah mempunyai kemahiran untuk memasak dan tidak sendawa atau kentut merata-rata.

Iklan

"Jika ada ciri seperti tertera, sila hubungi saya," menurut kapsyen itu lagi.

Iklan cari jodoh menuai kontroversi itu telah menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial malah ada yang berjenaka di ruangan komen.

Iklan

"Individu yang membenarkan iklan seperti ini dipaparkan pada akhbar sepatutnya menjalani sesi temu duga sekali lagi," kata seorang warganet.

Setelah 'dikecam beramai-ramai', iklan itu rupa-rupanya satu gurauan oleh ahli keluarganya buat wanita 'single' itu sempena menyambut ulang tahun ke-30 kelahirannya.

Iklan itu dipaparkan dalam akhbar di beberapa bandar utara New Delhi. - Agensi