6 syor tuntut peminjam PTPTN bayar hutang
Iklan
SHAH ALAM - Pakar pendidikan mengemukakan enam syor kepada kerajaan untuk menuntut peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang langsung tidak membayar balik pinjaman termasuk menyenaraihitamkan semula nama mereka dari keluar negara.
Pengerusi Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata, tindakan tegas menyenaraihitamkan nama yang pernah dilakukan kerajaan sebelum ini dilihat dapat memberi tekanan kepada peminjam yang berkemampuan untuk membayar balik pinjaman mereka.