PALU - Masyarakat di Kecamatan Palu Barat, Kota Palu digemparkan dengan berita pembunuhan tragis seorang suri rumah dan anaknya oleh suaminya pada hari pengundian Pilihan Raya Serentak (Pilkada) 2024, pada Rabu.
Media tempatan melaporkan insiden itu berlaku pada pagi Rabu di kediaman mereka yang terletak di Jalan Kunduri Lorong 2, Kelurahan Balaroa, Kota Palu.
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Menurut jiran suspek yang enggan dikenali menjelaskan bahawa dia mendengar insiden pergaduhan besar antara mereka.
"Isterinya meminta cerai kerana suspek tidak mahu bekerja," ujarnya kepada wartawan pada Khamis.
Suspek melarikan diri selepas insiden pembunuhan itu dan polis kini sedang menjejakinya.
Mangsa N berusia, 53, dan anaknya NA, 14, dipercayai dibunuh semasa mereka sedang tidur.
Sebelum ini, suspek dipercayai pernah mendapatkan rawatan mental pada tahun 2023. - Agensi