SEREMBAN - Kes 1: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan uri ditemukan di sebuah pusat pengajian Islam di Selama, Perak, membawa kepada penahanan seorang remaja lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, kerana disyaki membuang bayi berkenaan.
Kes 2: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemui berhampiran pantai Paka, Terengganu. Bayi malang itu yang diletakkan di dalam sebuah beg dan ditinggalkan di dalam parit kering, nyaris digigit anjing sebelum ditemukan oleh seorang pemandu lori.
Kes 3: Di Taman Daya, Johor Bahru, seorang bayi perempuan baru lahir ditemukan di atas anak tangga tingkat sembilan sebuah pangsapuri pada 11 Mac lepas.
Ketiga-tiga kes buang bayi itu adalah contoh 'mimpi buruk' yang terus menghantui masyarakat di negara ini, yang dilaporkan dari semasa ke semasa, sama ada bayi yang dibuang atau ditinggalkan itu masih bernyawa ataupun hanya sekujur tubuh kaku.
Di sebalik pelbagai usaha diambil oleh pihak berwajib dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO)/pertubuhan sosial, isu ini nampaknya masih belum dapat ditangani sepenuhnya, sekali gus menuntut pihak berwajib mengambil langkah yang lebih proaktif serta berkesan, untuk dilaksanakan dengan kadar segera.
Statistik kes buang bayi
Berdasarkan statistik rasmi yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk tempoh Januari hingga September 2024, sebanyak 75 kes pembuangan bayi dilaporkan berbanding 96 kes untuk tempoh yang sama pada tahun 2023. Meskipun ada sedikit penurunan, ia perlu dilihat sebagai masih membimbangkan.
Data yang diperolehi seterusnya menunjukkan, daripada 75 kes yang dilaporkan itu (Januari -September 2024), 48 bayi ditemui meninggal dunia dan 27 bayi berjaya diselamatkan. Sementara untuk sepanjang tahun 2023, daripada 128 kes pembuangan bayi, 58 bayi ditemui hidup dan 70 bayi ditemui meninggal dunia.
Mengikut negeri pula, untuk tahun 2023, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan sebanyak 38 kes, diikuti Sabah (21) dan Johor (14).
Bagi tempoh Januari hingga September 2024, negeri yang mencatat kes tertinggi pembuangan bayi ialah Selangor (21) diikuti Johor (9) dan Perak (8).
Dari segi undang-undang pula, kes buang bayi di negara ini lazimnya disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan juga Kanun Keseksaan.

Peti ini adalah ruang khas yang direka untuk membolehkan ibu meninggalkan bayi mereka secara rahsia dan selamat. - Foto: Bernama