Tiga ekor kucing ditemui mati akibat ditikam

Iklan
Tular gambar di media sosial memaparkan tiga ekor kucing ditemukan mati di tangga sebuah apartment di Setapak.

KUALA LUMPUR - Kejam dan tidak berperikemanusiaan, itu kejadian menimpa tiga ekor kucing yang ditemui mati dipercayai akibat ditikam di sebuah apartment di Setapak pada 17 November lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada Khamis berkaitan kejadian terbabit.

Iklan
Iklan

"Laporan diterima berhubung kes khianat terhadap haiwan melibatkan tiga ekor kucing yang mati berlumuran darah di bahagian kepala di tangga sebuah kediaman pelajar di Setapak, Kuala Lumpur.

"Kejadian ini dipercayai berlaku pada 17 November lalu setelah pengawal keselamatan dimaklumkan kejadian ini oleh pelajar di situ," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular gambar di media sosial memaparkan tiga ekor kucing ditemukan mati di tangga sebuah apartment di Setapak.

Iklan

Haiwan terbabit dipercayai ditemui dengan kesan tikaman di kepala sekitar jam 5 hingga 6 petang.