Polis tutup sementara laluan di persimpangan Kiwa

Iklan
Beberapa laluan ditutup susulan dinaiki air di Kota Warisan-BBST, KLIA-Kota Warisan - Foto: Facebook Trafik IPD Sepang

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Polis menutup sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa kerana ditenggelami air awal pagi ini.

Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah Sepang dalam kemas kini di Facebook Trafik IPD Sepang, memaklumkan laluan yang ditutup setakat jam 8 pagi tadi ialah dari Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Warisan.

Iklan
Iklan

"Penutupan jalan sementara di jalan BBST-Kota Warisan dan laluan alternatif bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya berikutan paras air yang naik boleh mengundang pelbagai masalah kepada kenderaan.

"Penutupan jalan bermula hari ini sehingga dimaklumkan,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Polis Trafik IPD Sepang juga menasihati pengguna jalan raya agar memberi kerjasama dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif dalam tempoh berkenaan.

Pengguna jalan raya dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif bagi ke KLIA berikutan penutupan sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa.

Iklan

Bagi mereka yang datang dari Putrajaya, disarankan untuk keluar di Plaza Tol Bandar Serenia, sementara pengguna dari arah Kota Warisan disarankan keluar di Ayamas untuk ke KLIA.

Persimpangan lampu isyarat itu menghubungkan BBST, KLIA, Nilai dan Dengkil, sering dinaiki air apabila hujan lebat, selain berada di kawasan rendah.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terus melakukan pemantauan di beberapa lokasi hotspot banjir di sekitar Dengkil, Sepang dan KLIA.

Ketua BBP KLIA, TpgB II Razif Mohmad Haris berkata, walaupun menerima beberapa panggilan pagi tadi mengenai kenaikan air, tiada pemindahan mangsa dilakukan selepas pemantauan.

"Air hanya mencapai paras buku lali, dan hujan yang telah reda mengurangkan risiko banjir," katanya ketika dihubungi.

Pengusaha Riverview Homestay, Datuk Ja'apar Mansor pula berkata, keadaan sekitar masih selamat walaupun air terus naik disebabkan hujan berterusan.

"Buat masa ini tiada pemindahan tapi agak mencemaskan kerana air asyik naik disebabkan hujan berterusan sejak semalam. Tapi hujan dah mula renyai dan semuanya dipermudahkan," katanya. - Bernama