Ramai yang mempunyai pelbagai pandangan tentang insurans perubatan – daripada makcik, jiran sebelah, hinggalah ke rakan-rakan terdekat. Ada yang melihatnya sebagai keperluan penting, manakala ada pula yang menganggapnya satu pembaziran wang. Jadi, bagaimana kita boleh membuat keputusan yang terbaik?
Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia masih kekurangan perlindungan perubatan. Kurang daripada separuh memiliki insurans hayat dan hanya sekitar 54 peratus pula dilindungi dengan insurans kesihatan.
Menurut laporan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, isu ini lebih ketara dalam kalangan golongan muda berusia 25 hingga 34 tahun, yang merupakan antara golongan tanpa perlindungan mencukupi dari segi menguruskan isu kesihatan yang tidak dijangka atau kehilangan orang tersayang.
Walaupun ungkapan seperti ‘hidup hanya sekali’ atau ‘YOLO’ sangat popular, perancangan untuk masa depan tetap penting. Mari kita singkap beberapa mitos dan salah faham tentang insurans perubatan yang boleh membantu anda memilih pelan yang sesuai dengan bajet dan gaya hidup anda.
Mitos #1: Insurans komprehensif terlalu mahal
Majoriti beranggapan insurans perubatan komprehensif memerlukan kos yang tinggi – ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaraan tentang pilhan produk insurans yang tersedia di pasaran.
Tetapi sebenarnya, ia sama seperti memilih hidangan di restoran, anda tidak perlu mengambil semua perlindungan tambahan jika pelan yang lebih ringkas sudah memadai.
Kini, kebanyakan syarikat insurans di Malaysia menawarkan pelan fleksibel yang boleh disesuaikan mengikut keperluan kesihatan dan bajet anda—ibaratnya, anda hanya mengambil perlindungan yang diperlukan tanpa membebankan kewangan anda.
Sesetengah pelan juga menyediakan program kesejahteraan, insentif pencegahan penyakit dan skim ganjaran yang boleh membantu mengurangkan perbelanjaan perubatan. Dengan pelan yang tepat, insurans dapat melindungi anda daripada kos perubatan tidak dijangka tanpa menjejaskan bajet anda.
Di masa hadapan, apabila pendapatan meningkat, anda boleh mempertimbangkan untuk mempertingkatkan tahap perlindungan anda agar ianya lebih menyeluruh tanpa menanggung beban kewangan yang terlalu ketara.
‘Sedikit perlindungan sudah semestinya lebih baik daripada tiada perlindungan langsung’.
Mitos #2: Saya hanya boleh membuat tuntutan jika dimasukkan ke hospital
Ramai yang beranggapan insurans hanya melindungi kos rawatan di hospital, namun kini banyak pelan insurans perubatan menawarkan fleksibiliti yang lebih meluas, termasuk rawatan pesakit luar untuk penyakit-penyakit yang lebih ringan seperti demam denggi, pneumonia atau gastrik.
Ini bermakna, anda boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan tanpa perlu bermalam di hospital dan boleh pulih dalam keselesaan rumah sendiri.
Pelan fleksibel ini kebiasaannya merangkumi rundingan dengan pakar, ujian diagnostik dan rawatan susulan – ini memudahkan anda mendapatkan penjagaan yang sewajarnya tanpa mengeluarkan belanja yang berlebihan.
Adalah penting untuk fahami manfaat pelan anda dengan mendalam agar anda tidak membayar lebih untuk rawatan yang mungkin sudah dilindungi pelan insurans anda.
Mitos #3: Saya ada penyakit sedia ada, jadi tak layak untuk dilindungi
Walaupun sesetengah pelan mengenakan syarat ketat terhadap penyakit sedia ada, banyak juga pelan yang menawarkan perlindungan selepas tempoh menunggu tertentu. Malah, terdapat pelan yang memberi perlindungan serta-merta untuk penyakit sedia ada, tetapi dengan bayaran premium yang lebih tinggi.
Luangkan masa berbincang dengan ejen insurans tentang pilihan yang sesuai untuk keperluan kesihatan dan kewangan anda.
Melabur masa untuk mendapatkan perlindungan yang berkesan menangani keadaan sedia ada amat berbaloi untuk anda dan yang tersayang.
Mitos #4: Saya masih muda dan sihat, jadi tak perlukan insurans
Pemikiran seperti ini sering dikaitkan dengan golongan muda. Namun ada sebab untuk mempertimbangkan insurans dari awal.
Mendapatkan insurans pada usia muda adalah langkah proaktif yang menyebabkan bayaran premium menjadi lebih rendah dan menjamin perlindungan untuk penyakit yang mungkin timbul pada masa hadapan.
Malang tidak berbau, dan mempunyai perlindungan lebih awal memberi ketenangan menghadapi situasi tidak dijangka.
Jika anda menunggu sehingga usia lanjut, kos insurans mungkin lebih tinggi dan pilihan perlindungan menjadi terhad. Dapatkan perlindungan sekarang supaya anda bersedia untuk sebarang cabaran di masa hadapan.
Mitos #5: Saya ada simpanan, jadi tidak perlukan insurans
Walaupun simpanan itu penting, bergantung sepenuhnya pada simpanan anda untuk kecemasan perubatan boleh menghabiskan dana dengan cepat.
Kementerian Kesihatan baru-baru ini melaporkan bahawa kos penjagaan kesihatan di Malaysia meningkat dengan mendadak, dengan kadar inflasi penjagaan kesihatan sebanyak 12 peratus, jauh melebihi purata global sebanyak 5.6 peratus.
Sementara itu, perbelanjaan kesihatan persendirian (out-of-pocket) di Malaysia menghampiri 35 peratus, seperti yang dilaporkan oleh Galen Centre for Health and Social Policy dan angka ini dijangka terus meningkat.
Memahami insurans perubatan bukanlah sesuatu yang rumit. Malah, mengetahui apa yang dilindungi oleh pelan anda, boleh meningkatkan keyakinan anda. Sebagai pelanggan, anda berhak untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan yang menyeluruh.
Apabila anda memahami dengan lebih mendalam tentang perlindungan anda, anda akan lebih bersedia menghadapi apa jua dugaan dalam kehidupan. Luangkan sedikit masa untuk meneroka pilihan anda, elakkan mitos dan carilah pelan yang sesuai untuk melindungi diri anda dan yang tersayang.
Oleh itu kita perlu memahami secara mendalam mengenai insurans perubatan sebagai satu langkah penting dalam merancang masa depan yang sihat dan terjamin.
Sebagai salah sebuah penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia komited untuk memberikan panduan dan sokongan bagi membantu anda membuat keputusan dengan yakin dan bijak.
Ayuh cari perlindungan yang tepat agar anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan AIA Malaysia, sila layari www.aia.com.my.