Raih berkat melalui zakat harta

Iklan
USTAZAH NORIANA (kanan) bersama pengacara, Azman Mohd Nawi pada program Podcast POV Sinar Islam Plus bersama MAINS.

MAINS sediakan pakej umrah, motosikal dan baucar bagi pembayar zakat bertuah sempena Bulan Zakat 2024

BERBICARA mengenai ibadah zakat, sebahagian umat Islam beranggapan Rukun Islam keempat itu yang wajib dilaksanakan adalah zakat fitrah sahaja.

Pelbagai alasan dicipta bagi mengelak daripada melaksanakan tuntutan berzakat itu termasuk belum kaya, hutang keliling pinggang dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Apakah hutang atau belum kaya itu menyebabkan gugurnya kewajipan zakat?

Mengupas mengenai persoalan yang sering bermain di minda itu, Ketua Unit Dakwah, Bahagian Dakwah dan Pemasaran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ustazah Noriana Samat ada jawapannya.

Iklan

USTAZAH NORIANA

Sebagai pembuka bicara, beliau menjelaskan, zakat adalah mengeluarkan sebahagian harta sebanyak 2.5 peratus kepada lapan golongan yang telah ditetapkan ALLAH SWT dalam ayat ke-60 surah at-Taubah:

Iklan

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan ALLAH, dan orang-orang musafir (yang terputus bekalan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari ALLAH.”

Menurut Ustazah Noriana lagi, ketetapan-ketetapan ini bukanlah ditetapkan MAINS namun ALLAH SWT sebagai Sang Pencipta sendiri yang memerintahkan sebagaimana disebut dalam ayat ke-103 surah sama:

”Ambilah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk).”

Salah faham masyarakat mengenai zakat

Katanya, ketika seluruh dunia dilanda penyakit Covid-19, ramai yang mula berniaga namun mereka terlepas pandang mengenai ibadah zakat yang wajib ke atas mereka.

"Ramai mula berniaga dengan membuka gerai mahupun perniagaan dalam talian ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Ujarnya, jika memenuhi syarat wajib zakat iaitu seorang Muslim, harta yang sempurna miliknya dan cukup setahun tahun Qamariah, maka wajiblah seseorang itu mengeluarkan zakat.

"Ada yang beranggapan bahawa dia tidak diwajibkan berzakat memandangkan komitmen yang banyak dan ia adalah tanggapan yang salah.

MAINS turut menganjurkan Kempen Potong Zakat Bulanan dan pelbagai hadiah disediakan kepada pembayar zakat.

"Hutang-hutang yang kita buat adalah pilihan dan hutang tidak menggugurkan kewajipan berzakat,” hujahnya lagi.

Apakah gaji diwajibkan zakat?

Menurut Ustazah Noriana, ramai juga yang salah faham mengenai gaji atau pendapatan yang diperolehi setiap bulan, apakah ia wajib dizakatkan?

"Ini kerana gaji yang diperolehi itu merupakan hasil usaha dan rezeki yang diberikan ALLAH SWT kepada kita.

"Maka wajiblah kita keluarkan zakat seperti diputuskan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menyatakan bahawa zakat pendapatan yang perlu dikeluar daripada pendapatan penggajian yang layak adalah sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan kasar atau bersih.

"Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 juga menyatakan bahawa Jawatankuasa Syariah memfatwakan zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

Ujarnya lagi, pelbagai inisiatif yang ditawarkan MAINS antaranya skim potongan gaji untuk zakat secara bulanan bagi memudahkan golongan yang mendapat pendapatan secara bulanan ini melaksanakan kewajipan zakat.

"Jadi tidak ada zakat yang diwajibkan ke atas kita itu tertunggak selain pembayar zakat turut dapat kelebihan potongan cukai pendapatan.

"Teruskan istiqamah dalam melaksanakan zakat dan MAINS ucap terima kasih buat pembayar zakat di Negeri Sembilan.

Tunai zakat harta menang pakej umrah

Menurut Ustazah Noriana, kempen Tunai Zakat Harta itu turut menyediakan hadiah sebuah motosikal bernilai RM5,000 dan bar emas bernilai RM3,000 selain baucar barangan elektrik bernilai RM500 kepada empat pembayar zakat bertuah.

KEMPEN Tunai Zakat Harta sempena Bulan Zakat 2024 anjuran MAINS berlangsung sehingga 31 Disember.

"Tempoh kempen bermula 15 November hingga 31 Disember 2024 dan orang ramai di Negeri Sembilan rebutlah peluang ini. Selain melaksanakan kewajipan, siapa tahu ada rezeki cabutan bertuah pula.

"Untuk mereka yang belum membuat taksiran zakat, segeralah berbuat demikian dan jangan takut kerana jika kita layak untuk mengeluarkan zakat, ia bermakna ALLAH telah mengangkat darjat menjadi orang yang tangannya berada di atas,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyertai dan mengetahui lebih lanjut mengenai kempen yang diadakan, sila layari laman web rasmi MAINS di www.zakatns2u.biz atau www.mains.gov.my.