Vietnam kuarantin 10,000 penduduk

Iklan
Pihak berkuasa kesihatan melakukan semburan nyahjangkit di pusat pemeriksaan di komuniti Son Loi di wilayah Vinh Phuc hari ini. - FOTO: AFP

VINH PHUC - Langkah kuarantin dilaksanakan di perkampungan di Vietnam yang mempunyai 10,000 penduduk hari ini selepas enam kes jangkitan koronavirus (Covid-19) dilaporkan.

Sekatan dibuat ke atas komuniti Son Loi terletak kira-kira 40 kilometer dari Hanoi merupakan langkah kuarantin pertama terbesar dilakukan di luar China sejak Covid-19 dikenal pasti di bandar Wuhan pada akhir Disember lalu.

Iklan
Iklan

"Tempoh kuarantin tersebut akan dilaksanakan selama 20 hari," menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pusat pemeriksaan turut dibuka sekitar komuniti terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.

Iklan
Iklan

Terdahulu, lima penduduk di Son Loi dilaporkan dijangkiti Covid-19 sebelum kes keenam dilaporkan semalam. - AFP