Penjawat awam Perak terima dua bulan bonus

Iklan
Saarani (kiri) bersama anggota pentadbiran kerajaan negeri sempena Mesyuarat Ketiga Tahun Kedua Dewan Negeri Perak di sini pada Jumaat.

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri ini dalam Belanjawan Negeri Perak 2025.

BKK tersebut juga akan turut dinikmati exco kerajaan negeri, Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, ketua-ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak Program Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).

Iklan
Iklan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian tersebut berdasarkan gaji pokok November 2024 yang akan dibuat pada minggu terakhir bulan Disember 2024.

"Saya amat menyanjung tinggi segala pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan oleh seluruh anggota pentadbiran dalam memastikan setiap tugas yang digalas, setiap amanah yang dipikul, akhirnya memberi makna kepada kehidupan rakyat.

Iklan

"Sebagai tanda penghargaan di atas segala curahan bakti yang diberikan oleh seluruh kakitangan negeri Perak, maka saya yang dikatakan biadap ini dengan ini mengumumkan BKK sebanyak dua bulan gaji," katanya ketika membentangkan belanjawan berkenaan sempena Mesyuarat Ketiga Tahun Kedua Dewan Negeri Perak di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Saarani berkata, belanjawan yang dibentangkan itu bukan sahaja menjadi cerminan kepada kerjasama utuh antara negeri dan persekutuan, tetapi menyerlahkan semangat perpaduan seluruh jentera pentadbiran di semua peringkat.

Iklan

Jelasnya, seluruh jentera pentadbiran telah berpadu dengan penuh kesungguhan, keikhlasan dan semangat juang yang tidak mengenal lelah, sehingga Perak kembali berdiri megah di landasan kemajuan.