China, Hong Kong sedar pasaran luas farmaseutikal dan kosmetik halal

Iklan
ANTHONY (lima dari kiri) menyempurnakan gimik pecah tanah pada majlis Pecah Tanah Pusat Pengagihan Pintar Halal Beku Serantau (SMART RHDC) GOLOG di Bandar Enstek baru-baru ini. Foto BERNAMA

HASIL lawatan kerja ke negara seperti China dan Hong Kong mendapati mereka sedar produk halal mempunyai potensi besar di pasaran dunia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, mereka juga mengetahui bahawa pensijilan produk halal dari Malaysia diperakui amat komprehensif.

Iklan
Iklan

"China dan Hong Kong walaupun majoriti bukan Muslim tapi mereka tahu bahawa produk halal ini penting kalau mahu menjadi bandar raya antarabangsa, mereka banyak pelancong dari timur tengah yang perlukan produk halal.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Pusat Pengedaran Halal Serantau Pintar (Smart RHDC) GOLOG yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif GOLOG, Ivan Chin di Enstek, Negeri Sembilan.

Iklan

ANTHONY (kanan) mendengar penerangan mengenai reka bentuk bangunan yang akan didirikan dari Ivan (tengah) pada majlis Pecah Tanah Pusat Pengagihan Pintar Halal Beku Serantau (SMART RHDC) GOLOG di Bandar Enstek baru-baru ini. Foto BERNAMA

Sementara itu, Anthony berkata, GOLOG menawarkan perkhidmatan logistik produk halal sistematik untuk dieksport ke luar negara.

Iklan

Beliau percaya fasiliti itu dapat mengumpulkan pelbagai jenis produk dan barangan di sini sebelum dibawa ke KLIA untuk dieksport dan diimport.

Ivan berkata kos pembangunan Smart RHDC berjumlah RM400 juta dengan tempoh pembinaan kompleks selama 18 bulan.

Beliau berkata kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberikan akses yang lebih besar kepada pemilik perniagaan dan peladang sekali gus membolehkan mereka mencapai pasaran lebih luas dalam negara.

Smart RHDC katanya akan menjadi gudang sejuk automatik kecerdasan buatan (AI) pertama di negara ini dengan kapasiti luar biasa 84,000 palet dan 60 ruang pemuatan serta dilengkapi lebih 30 kenderaan pandu automatik (AGV) dan dikuasakan oleh Sistem Pengendalian Pintar GOLOG (GAIA OS) yang inovatif. - Bernama