SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) bakal mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 pada 7 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, hal tersebut diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN yang telah mengadakan mesyuarat pada 27 November lalu.