Polis nasihat orang ramai tidak bawa anak kecil pantau paras air sungai

Iklan
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja di sini semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas, sekali gus menenggelamkan keseluruhan kawasan daratan di tambatan yang menjadi tarikan pelancongan di negeri berkenaan. - Foto: Bernama

KOTA BHARU - Polis menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat tinjauan paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini agar sentiasa berwaspada dan tidak membawa anak kecil semasa membuat tinjauan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, penduduk tempatan sering menjadikan amalan memantau paras air sungai itu sebagai acara tahunan di musim tengkujuh dan beliau mengingatkan bahawa dengan hanya kesilapan sedikit sahaja ia boleh menyebabkan kecelakaan.

Iklan
Iklan

"Nasihat saya jangan bawa anak-anak kecil ke kawasan dinaiki air semata-mata untuk melihat keadaan paras air sungai, kita tidak mahu banjir yang melanda Kelantan sekarang dijadikan sebagai 'pesta' bermain air walaupun di kawasan cetek berhampiran rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, selain terdedah bahaya dihanyutkan arus, mereka juga terdedah kepada kemungkinan digigit haiwan berbisa yang ada di dalam air.

Iklan

"Polis akan menjalankan rondaan bagi menasihatkan orang ramai agar tidak bermain air dan menjadikan musim banjir sebagai pesta,” katanya. - Bernama

Iklan