Perniagaan Malaysia digalakkan teroka industri halal, pertanian Kenya - Pesuruhjaya Tinggi

Iklan
KIRA-KIRA 11 peratus daripada 56 juta penduduk di Kenya beragama Islam. Foto CANVA

PERNIAGAAN Malaysia digalakkan untuk meneroka peluang pelaburan di Kenya terutama dalam sektor pertanian yang memerlukan teknik pertanian pintar dan pengetahuan perindustrian serta industri halal.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, Ruzaimi Mohamad berkata, kerajaan Kenya mengagumi kejayaan transformasi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian sementara Kenya pula kekal berorientasikan pertanian walaupun kedua-dua negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British pada masa yang sama.

Iklan
Iklan

RUZAIMI

Ruzaimi berkata Kenya telah mengimport sejumlah besar produk perkilangan dari Malaysia termasuk barangan elektrik dan elektronik (E&E), mesin dan produk makanan, negara itu mengeksport kopi, teh, sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan seperti alpukat ke Malaysia.

Iklan

"Selain itu, produk halal dapat menarik umat Islam dan bukan beragama Islam kerana mereka tahu bahawa jika produk itu halal, ia akan diproses dengan teliti,” katanya.

Statistik diberikan oleh pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Kenya menyatakan bahawa perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kenya meningkat 1.70 peratus kepada US$1.20 bilion (RM5.3 bilion) pada 2023 daripada US$1.18 bilion (RM5.1 bilion) pada 2022. - Bernama

Iklan