Lemas tergelincir batu benteng pemecah ombak

Iklan
Mayat mangsa lemas di Pantai Kemayang ditemui jam 12 tengah malam kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.

BACHOK - Seorang remaja mati lemas dibadai ombak besar selepas tergelincir batu benteng pemecah ombak di Pantai Kemayang, di sini, semalam.

Kejadian itu berlaku jam 6.15 petang ketika mangsa, Muhammad Fakri Mohamad Asri, 13, berjalan di atas benteng tersebut bersama kakaknya, Noor Atirah, 20, dan seorang rakannya.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud berkata, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan dan terpaksa menghentikannya jam 7 malam.

Katanya, operasi bersama pelbagai agensi bersambung jam 8 malam tadi dengan kaedah pencarian di permukaan.

Iklan
Anggota bomba menenangkan keluarga mangsa lemas.

"Kita menemui mayat mangsa jam 12 tengah malam pada jarak 30 meter dari tempat kejadian," katanya.

Dalam kejadian itu, Noor Atikah dan rakan cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya kerana ombak besar.

Iklan

Mereka yang berasal dari Lundang, Kota Bharu dikatakan ke pantai berkenaan bersama keluarga untuk beriadah.