SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan monsun kuat dijangka berlanjutan sehingga hujung November 2024.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan dalam tempoh berkenaan.
Iklan
Iklan
"Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk dan Waspada) melibatkan Semenanjung yang berkuat kuasa sehingga 30 November 2024.
"Selain itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan masih berkuat kuasa sehingga 30 November 2024,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.