Banjir: Cuti anggota Jemaah Menteri dibekukan - PM

Iklan
Anwar ketika sidang media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, pada Jumaat. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memaklumkan perkara itu berkata, semua menteri dan timbalan menteri turut diarahkan untuk turun padang ke kawasan bencana.

Iklan
Iklan

"Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan). Ya (cuti dibekukan)," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Pudina, Presint 17 di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada cuti anggota Kabinet akan dibekukan ketika bencana banjir melanda negara pada masa ini.

Iklan

Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 59,232 mangsa telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

Di Terengganu, sebanyak 20,911 mangsa daripada 5,916 keluarga berlindung di 232 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 17,762 orang semalam.

Iklan

Negeri lain yang turut terjejas banjir ialah Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, hingga esok. - Bernama


Cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar semua menteri dan timbalan menteri untuk turun ke padang bagi menyantuni mangsa banjir yang terjejas.

Artikel:

https://www.sinarharian.com.my/article/699424/berita/nasional/banjir-cuti-anggota-jemaah-menteri-dibekukan---pm

Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version

#SinarHarian #BuletinTikTok #Banjir #Cuti #JemaahMenteri #Beku #Turunpadang

" />