Penunggang motosikal diselamatkan selepas lebih sejam dibawa arus

Iklan
Seorang penunggang motosikal yang hanyut dibawa arus deras berjaya diselamatkan anggota bomba selepas berpaut pada sebatang kayu lebih sejam dalam kejadian di Jalan Batu Alang Kampung Sungai Siput, Lubok China.

ALOR GAJAH - Seorang penunggang motosikal yang hanyut dibawa arus deras berjaya diselamatkan anggota bomba selepas berpaut pada sebatang kayu lebih sejam dalam kejadian di Jalan Batu Alang Kampung Sungai Siput, Lubok China.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira jam 7.32 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lelaki berusia 34 tahun yang menunggang motosikal itu dikatakan telah dihanyutkan arus banjir semasa melalui jalan raya berkenaan yang telah dinaiki air.

Mangsa yang menunggang motosikal dikatakan telah dihanyutkan arus banjir semasa melalui jalan raya berkenaan yang telah dinaiki air.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah ketika itu membuat rondaan kawasan banjir telah dihubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengenai kejadian itu, dan mereka terus bergegas ke lokasi," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Zulkhairani berkata, 10 anggota ditugaskan menyelamatkan lelaki itu yang dihanyutkan air sedalam 1.2 meter dan dia berjaya dibawa ke kawasan selamat kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Iklan