Tak sempat sampai rumah, lelaki maut motosikal terbabas

Iklan
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan di KM1, Jalan Kuala Berang-Tanggol-Wakaf Tapai dekat Kampung Rahmat di Hulu Terengganu pada Jumaat.

HULU TERENGGANU - Hasrat seorang lelaki untuk pulang ke rumahnya di Kampung Butut Baru, Kuala Berang di sini tidak kesampaian apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, mangsa, Mohd Fairuz Abdullah, 39, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Hulu Terengganu di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, insiden itu berlaku di Kilometer 1, Jalan Kuala Berang-Tanggol-Wakaf Tapai dekat Kampung Rahmat di sini sekitar jam 10.10 pagi pada Jumaat.

"Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari kedai makan di Kuala Berang mahu pulang ke rumah di Kampung Butut Baru.

Iklan

"Apabila sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya," katanya di sini pada Jumaat.

Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Hulu Terengganu.

Iklan

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.