TANGKAK - Seramai empat mangsa banjir dari Parit Bengkok, Gersik Bukit Gambir di sini, berjaya dipindahkan pasukan bomba dan penyelamat berikutan keadaan air yang naik mendadak di kawasan berkenaan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Jahairi Syukor dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9 pagi.
Iklan
Iklan
Katanya, sebaik menerima panggilan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan jentera fire rescue tender (FRT), satu unit jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), satu jentera pacuan empat roda dengan lima anggota dihantar ke lokasi.
"Setibanya PKO ke lokasi pada jam 9.30 pagi, didapati kawasan berkenaan telah dilanda banjir.
"PKO kemudiannya telah berjaya memindahkan empat sekeluarga melibatkan tiga wanita dewasa dan seorang lelaki warga emas ke tempat yang selamat,” katanya.
Difahamkan, kerja-kerja pemindahan mangsa banjir masih lagi berjalan ketika ini.
Artikel Berkaitan