Israel langgar perjanjian gencatan senjata di Lubnan

Iklan
Kesan kemusnahan di Nabatieh, Lubnan akibat dibedil Zionis sebelum ini. - Foto Xinhua

BEIRUT - Tempoh bertenang di Lubnan dicabuli rejim Zionis pada Khamis selepas ia mengebom kemudahan simpanan roket milik pejuang Hizbullah pada hari kedua pelaksanaan gencatan senjata.

Serangan udara pertama itu berlaku di kawasan berhampiran Baysariyah di utara Sungai Litani yang terletak di sempadan Beirut.

Iklan
Iklan

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa ia turut membedil kenderaan dinaiki 'suspek' yang tiba di beberapa kawasan di zon selatan ketika ribuan penduduk mula kembali ke bandar dan perkampungan masing-masing sejak Rabu.

Ahli Parlimen Lubnan, Hassan Fadlallah menegaskan Israel jelas melanggar perjanjian gencatan senjata.

Iklan

"Musuh sengaja menyasarkan mereka yang kembali ke perkampungan di sempadan," katanya.

Pelanggaran sebanyak beberapa kali sepanjang tempoh 48 jam itu turut diumumkan tentera Lubnan.

Iklan

Sementara itu, IDF memaklumkan mereka mengenal pasti beberapa aktiviti mencurigakan yang kononnya mengancam syarat perjanjian tempoh bertenang tersebut.

"Kami akan bertindak balas jika pihak sana mencabuli perjanjian tersebut," kata Ketua Turus Am, Herzi Halevi.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengarahkan IDF supaya siap siaga untuk terlibat semula pertempuran sengit jika Hizbullah melakukan sebarang kesilapan.

Tindakan Hizbullah-Israel yang saling menuding jari itu menunjukkan betapa rapuhnya perjanjian senjata selama 60 hari tersebut yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis bagi menamatkan peperangan yang berlarutan selama 14 bulan. - Agensi