Hujan berterusan tiga daerah di Sabah dilanda banjir kilat

Iklan
Antara kawasan yang dinaiki air akibat banjir kilat di Penampang.

KOTA KINABALU - Hujan lebat dan berterusan sejak lima jam lalu menyebabkan beberapa kawasan termasuk di ibu negeri Sabah dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang dinaiki air termasuk sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar.

Iklan
Iklan

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pemantauan sedang dilakukan oleh pasukan bomba.

Pemantauan turut dilakukan di kawasan sungai di Jalan Penampang Proper, Penampang.

"Hasil tinjauan antara jalan yang dipantau kerana dinaiki air ialah Jalan Penampang Proper, Jalan Limbanak Penampang dan Jalan Putatan-Cyber City," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata, keadaan semasa bagi paras air sungai di kawasan Putatan dan Penampang ketika ini normal.

"Keadaan masih terkawal dan kenderaan masih boleh dilalui," katanya.

Iklan