Banjir: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup sementara

Iklan
Malaysia Airport telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) hari ini, dan menutup landasan terbang di lapangan terbang itu buat sementara waktu.

ALOR SETAR - Susulan kejadian banjir yang menyaksikan paras air di sini semakin terus meningkat, Malaysia Airport telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) hari ini, dan menutup landasan terbang di lapangan terbang itu buat sementara waktu.

Malaysia Airport berkata, terminal lapangan terbang itu bagaimanapun tetap dibuka.

Iklan
Iklan

"Semua penumpang dinasihatkan menyemak dengan syarikat penerbangan mereka untuk mendapatkan maklumat penerbangan terkini untuk perjalanan ke dan dari AOR. Nantikan maklumat terkini selanjutnya, dan lalui perjalanan yang selamat," katanya. - Bernama

Iklan
Iklan