Jumlah mangsa banjir di seluruh negara lepasi 90,000

Iklan
Mangsa banjir di sembilan negeri meningkat kepada 90,273 orang setakat jam 5 petang Jumaat.

SHAH ALAM - Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda sembilan negeri meningkat kepada 90,273 orang berbanding 81,036 pada 12 tengah hari, Jumaat.

Angka tersebut melonjak pada 5 petang dengan dua negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi.

Iklan
Iklan

Negeri yang turut menunjukkan peningkatan adalah Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 67,621 orang dengan 251 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di 10 jajahan berbanding 61,327 orang di 230 PPS, pada sebelah paginya.

Iklan

Jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 22,761 orang di 56 PPS diikuti Tumpat (11,841 orang, 24 PPS), Tanah Merah (4,450 orang, 26 PPS), Kuala Krai (5,594 orang, 41 PPS) dan Bachok (3,040 orang, 10 PPS).

Pasir Puteh melibatkan 6,618 orang di 27 PPS, Kota Bharu (9,163 orang, 42 PPS), Machang (4,580 orang, 20 PPS), Jeli (535 orang, empat PPS) dan Gua Musang (31 mangsa, satu PPS).

Iklan

Di TERENGGANU, mangsa banjir setakat 5 petang menunjukkan peningkatan sebanyak 16,977 orang dengan Besut masih menjadi daerah paling terjejas melibatkan seramai 5,551 orang yang ditempatkan di 102 PPS.

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu (4,702 orang, 51 PPS), Setiu (3,967 orang, 42 PPS), Kemaman (1,370 orang, 16 PPS), Marang (610 orang, sembilan PPS), Dungun (703 orang, 16 PPS), Kuala Nerus (97 orang, tiga PPS) dan Kuala Terengganu (13 mangsa, satu PPS).

Sementara itu di KEDAH mencatatkan peningkatan sebanyak 2,932 orang daripada 2,333 mangsa pada pagi Jumaat, dengan Kubang Pasu menjadi daerah paling terkesan dengan jumlah seramai 1,807 orang di 13 PPS.

Empat lagi daerah yang terjejas ialah Sik (721 orang, tujuh PPS), Kota Setar (325 orang, 10 PPS), Padang Terap (48 orang, sembilan PPS) dan Pokok Sena (74 orang, empat PPS).

NEGERI SEMBILAN terus mencatatkan peningkatan sebanyak 1,891 mangsa di 21 PPS di empat daerah yang terkesan.

Seramai 1,402 mangsa di Tampin ditempatkan di 11 PPS, Kuala Pilah (224 orang, empat PPS), Jempol (248 orang, empat PPS) dan Port Dickson (18 orang, satu PPS).

Dalam pada itu, banjir di PERLIS juga mencatatkan peningkatan mangsa banjir seramai 425 orang berbanding 404 orang pada tengah hari Jumaat.

Sebanyak empat PPS dibuka dan tiga daerah yang terlibat iaitu Padang Besar dengan jumlah mangsa tertinggi iaitu 205 orang di dua PPS, Arau (140 orang, satu PPS) dan Kangar (80 orang, satu PPS).

Di SELANGOR, tiada peningkatan direkodkan setakat jam 5 petang pada Jumaat dengan jumlah mangsa banjir kekal 312 orang di dua PPS di Klang.

PERAK pula mencatatkan penurunan sebanyak 20 mangsa di daerah Kerian dengan hanya satu PPS masih dibuka.

Bagi MELAKA mula menunjukkan peningkatan sebanyak 95 mangsa di tiga daerah iaitu Jasin (54 orang, satu PPS), Alor Gajah (28 orang, tiga PPS) dan Melaka Tengah (13 orang, satu PPS).

Setakat 5 petang, tiada mangsa terkesan dilaporkan di Johor tetapi PPS telah dibuka di dua daerah iaitu Segamat dan Tangkak.