KOTA BHARU - Kerajaan memberi kebenaran khas untuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) jika semua PPS di negeri ini penuh.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini MRSM Tumpat dibuka kepada mangsa banjir di daerah itu.
Beliau memberitahu, sehingga hari ini sebanyak 257 PPS dibuka di Kelantan bagi menampung kira-kira 69,000 mangsa banjir yang terjejas.
"Kita memberikan kebenaran untuk membuka MRSM sebagai PPS jika sekolah biasa tidak lagi dapat menampung mangsa banjir," katanya selepas meninjau PPS Sekolah Kebangsaan Tapang dalam sesi lawatannya di Kelantan.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Sementara itu, sehingga jam 6.30 petang, seramai 69,532 mangsa banjir membabitkan 21,692 keluarga ditempatkan di PPS di seluruh negeri.
Pasir Mas mencatatkan paling ramai mangsa banjir iaitu 22,761 mangsa diikuti daerah Tumpat seramai 11,988 dan 9,680 di daerah Kota Bharu.
Sehingga kini sebanyak 10 daerah yang dinaiki air termasuk Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh,