'Saya tak kata banjir, saya kata musim tengkujuh' - Exco Kelantan

Iklan
Kamarudin

KOTA BHARU -"Saya tak kata banjir, saya kata musim tengkujuh," kata Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor, Kamarudin Md Nor selepas kenyataannya mengenai mempromosikan musim tengkujuh dijadikan produk pelancongan Kelantan.

Beliau menegaskan, banjir tidak semestinya berlaku pada musim tengkujuh kerana ada juga tahun yang tenang dan tiada musibah itu.

Iklan
Iklan

Jelas Kamarudin, pelancong yang datang ke Kelantan merosot pada musim Monsun Timur Laut (MT) dan aktiviti sangat terhad yang mungkin membawa kesan ekonomi kepada masyarakat setempat.

"Saya rasa wajar mencari jalan bagaimana pengunjung dan pelancong tetap terus datang walaupun musim hujan demi kelangsungan hidup sesetengah pengusaha yang bergantung kepada jumlah pelanggan.

Iklan

"Jadi saya mencadangkan diadakan pesta makanan musim tengkujuh yang rata-ratanya akan memperkenalkan masakan pelbagai jenis ikan darat dan kuih-muih berasaskan peibagai jenis ubi dan beras," jelasnya lagi.

Tambah Kamarudin, aktiviti luncur air pula merupakan cadangan daripada satu persatuan luncur air dari Kuala Lumpur yang bersedia membawa ahli mereka ke Pantai Kemasin untuk tujuan memperkenalkannya kepada golongan muda.

Iklan

"Luncur air memerlukan ombak lebih besar yang hanya berlaku dalam musim tengkujuh ini," katanya.

Kenyataan beliau mengenai produk pelancongan pada musim temgkujuh itu menimbulkan kontroversi dan menerima kecaman netizen.

Ada juga yang berpendapat kenyataan itu tidak sensitif dengan keadaan mangsa banjir.