Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir

Iklan
Pemain Terengganu FC Manuel Gelito Ott (dua, kanan) diasak pemain Melaka FC Durrkeswaran Ganasan (kanan) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini. Foto Bernama

NEGERI Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC menerusi keputusan agregat 4-2, selepas melakar kemenangan 3-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 malam ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, pasukan kendalian K Nanthakumar itu turun dengan semangat baru setelah tewas tipis 1-2 di tangan skuad ‘Sang Saka Biru’ pada aksi pertama tempoh hari.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pasukan tampil berhati-hati seawal wisel mula ditiupkan namun jaringan sendiri terhasil oleh pemain pertahanan PDRM, Ezrul Ashraf pada minit kelapan sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan menyamakan kedudukan dari segi agregat.

Aksi pemain PDRM FC Mohd Safiee Ahmad (kiri) ketika menentang pasukan pemain Negeri Sembilan FC pada Liga Malaysia Cup (R16) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini. Foto Bernama

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan menambah jaringan kedua pasukan menerusi Hadin Azman pada minit ke-53 yang merembat kencang bola masuk ke gawang PDRM.

Iklan

Gerakan lincah A. Selvan memastikan skuad ‘Hobin Jang Hobin’ meraih gol ketiga pada minit ke-81 sekali gus menamatkan perjalanan PDRM pada saingan Piala Malaysia.

Dalam pada itu, Terengganu FC turut berhasil menempah pertemuan ke suku akhir apabila menewaskan Melaka FC menerusi keputusan agregat 4-1, selepas kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus. - Bernama

Iklan