Beritahulah kalau saya salah - Hassan Karim

Iklan
Hassan Abdul Karim

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim meluahkan rasa kecewa kerana tidak diberikan penjelasan berhubung isu beras tempatan yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini.

Malah beliau memberikan contoh bagaimana Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil boleh menghubunginya untuk memperbetulkan kenyataan mengenai isu penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada U Mobile Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

"Saya amat menghargainya beliau (Fahmi) sanggup menghubungi saya dari luar negara untuk memberi penerangan perkara yang sebenarnya tentang isu berkenaan, bagus betul Menteri ini.

"Jadi dalam hal beras saya hendak jawapan macam itu, beritahu kalau saya salah,” katanya dalam sebuah podcast yang bersiaran di TikTok pada Jumaat.

Iklan

Pada 18 November lalu di Parlimen, Hassan membangkitkan mengenai isu beras putih tempatan (BPT) yang didakwa sehingga kini hampir tidak terdapat di pasaran.

Beliau membandingkan dengan beras putih import (BPI) yang lebih banyak di pasaran dan menyarankan kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) termasuk agensi Kawal Selia Padi dan Beras untuk bercakap benar mengenai situasi BPT dalam pasaran negara.

Iklan