Ahmad Maslan kongsi resipi kacang panjang tempe di TikTok

Iklan
Ahmad Maslan sedang menggoreng kacang panjang tempe di rumahnya.

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menunjukkan cara menggoreng kacang panjang tempe di akaun TikToknya.

Menerusi video berdurasi 28 saat dimuat naik, Ahmad Maslan menunjukkan kacang panjang yang sedang ditumis dalam sebuah kuali di dapur rumahnya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata selain tempe, kacang panjang berkenaan ditumis dengan bawang, cendawan, tomato, ikan bilis, perisa, garam dan minyak masak.

"Cuba lihat ini, pasti sedap,” katanya.

Iklan

Sehingga kini video berkenaan mendapat 3,845 tanda suka dengan 594 komen dan dikongsi lebih 591 kali.

Rata -rata netizen memberikan komen positif dan memuji kerajinan Ahli Parlimen Pontian itu untuk memasak meskipun sibuk dengan tugas rasminya setiap hari.

Iklan

Malah ada yang memberikan cadangan supaya beliau tampil dengan video memasak lain pada masa akan datang.