Prasarana tambah baik SOP pengurusan penumpang waktu puncak

Iklan
Gambar tular keadaan kesesakan penumpang MRT Pasar Seni pada Selasa lalu. Foto: media sosial.

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memperkukuhkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan penumpang bagi mengelak berlaku kesesakan terutamanya ketika waktu puncak.

Prasarana dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi memastikan pergerakan penumpang di stesen MRT, LRT serta monorel berjalan lancar dan selamat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, salah satu penambahbaikan adalah dengan menyusun semula penempatan polis bantuan di kawasan-kawasan utama yang mempunyai risiko keselamatan yang lebih

tinggi seperti platform dan eskalator.

Iklan

"Ini adalah langkah untuk memastikan kawalan keselamatan yang lebih efektif.

"Selain itu, pemantauan lebih kerap turut dijalankan bagi memantau kepadatan penumpang di stesen terutama di platform ketika waktu puncak.

Iklan

"Ini membolehkan pasukan polis bantuan bertindak dengan lebih cepat dan menempatkan anggota-anggotanya di kawasan kritikal," menurut kenyataan pada Sabtu.

Baru-baru ini tular di media sosial isu kesesakan di platform Stesen MRT Pasar Seni yang berlaku pada Selasa lalu.

Prasarana mengesahkan kejadian itu berlaku pada waktu puncak sekitar jam 6.45 petang disebabkan oleh kelewatan jadual perjalanan sebuah tren.

Situasi ini menyebabkan pergerakan penumpang terganggu dan mengakibatkan kesesakan di platform Stesen MRT Pasar Seni.

Prasarana memaklumkan, perkhidmatan MRT laluan Kajang akan dipertingkatkan dengan penambahan bilangan tren daripada 39 tren kepada 42 tren menjelang Mac 2025.

Katanya, peningkatan itu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti tren dan mengurangkan kesesakan di stesen–stesen sepanjang laluan Kajang.

"Selain peningkatan jumlah tren, kekerapan tren turut dipendekkan. Pada waktu puncak, kekerapan tren pada masa ini adalah empat minit akan dikurangkan kepada 3.7 minit.

"Ini dapat mengurangkan waktu menunggu di platform terutama pada waktu puncak," katanya.

Tambah kenyataan itu, langkah-langkah diambil itu merupakan usaha berterusan Prasarana untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penumpang terutama pada waktu puncak.

Pada masa sama, Prasarana turut memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa kejadian tersebut dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi keselesaan penumpang.