I.M Pahang, rakyat Pahang terima pelbagai manfaat

Iklan
Dato’ Sri Diraja (tengah) bersama pemimpin negeri Pahang pada program Moh Karnival Makmur 2024 Peringkat Daerah Raub di Taman Tasik Raub, pada September lalu.

KUANTAN- Kerajaan Negeri Pahang menerusi Belanjawan 2025 akan meneruskan pemberian insentif dan bantuan kepada rakyat untuk membantu meringankan beban mereka.

Bertemakan ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’, ia menjadi teras utama kepada intipati keseluruhan Belanjawan Negeri Pahang tahun 2025.

Iklan
Iklan

Menteri Besarnya, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi menyeragamkan bentuk bantuan dan inisiatif sebelum ini, Bantuan Prihatin Pahang dan Program Pahang Makmur dijenamakan sebagai Inisiatif Makmur Pahang atau I.M. Pahang.

"Ia mempunyai matlamat yang sama iaitu usaha kerajaan negeri dalam menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat daripada yang baru lahir sehinggalah ke peringkat warga emas.

Iklan

"Bagi meneruskan agenda kebajikan rakyat negeri ini, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM50.54 juta pada tahun hadapan melibatkan empat kluster iaitu Kluster Pelajar, Kluster Agama, Kluster B40 dan Kluster Umum,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.

Menurut Dato’ Sri Diraja, belanjawan itu menjadi platform untuk menentukan hala tuju dan perancangan pembangunan negeri yang bakal memberikan impak besar kepada kesejahteraan dan kemajuan untuk rakyat dan negeri.

Iklan

Sasar kutipan RM1.194 bilion

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan kutipan hasil mencecah RM1.194 bilion dan unjuran tersebut meningkat sebanyak lima peratus berbanding Belanjawan Tahun 2024.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, berkata, daripada jumlah itu, sejumlah RM1.182 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan lain dan aset dengan peningkatan sebanyak RM57 juta atau 5.05 peratus berbanding tahun 2024 dengan lebihan atau surplus sebanyak RM12 juta.

"Peruntukan perbelanjaan pembangunan yang akan disediakan adalah sebanyak RM399.64 juta,” katanya.

Beliau berkata, penyediaan belanjawan itu bukan sekadar pelan perbelanjaan tetapi sebagai manifestasi kepada harapan rakyat yang menginginkan perubahan dan pembangunan lebih mampan serta inklusif.

Dato’ Sri Diraja berkata, Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025 akan menggariskan lima Tekad Belanjawan iaitu Pengukuhan Daya Saing dan Pertumbuhan Ekonomi yang Inklusif serta mampan, Ketersediaan Kemudahan Asas dan Infrastruktur, Pemantapan Kecekapan Tadbir Urus Kerajaan serta Kelestarian Alam, Penghasilan Modal Insan yang Berkualiti dan Cemerlang dan Keutuhan Kesejahteraan Rakyat serta Kemakmuran Negeri yang Berterusan.

Pahang kukuhkan syiar Islam

KUANTAN - Syiar Islam telah menjadi asas kepada pentadbiran dan kehidupan rakyat di Pahang untuk terus dipelihara dan diperkasa agar sentiasa relevan dan seiring dengan perkembangan zaman.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menyuburkan lagi pengembangan dan pengukuhan syiar Islam di bumi Pahang, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM196.06 juta kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Mufti Negeri Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang.

"Peruntukan ini bertambah sebanyak 33.53 juta ringgit berbanding peruntukan tahun 2024,” katanya.

RM2 juta penubuhan Seketariat Muafakat FELDA Pahang

KUANTAN - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi penubuhan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan untuk terus memperkasa dan memberi perhatian terbaik kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi meningkatkan kualiti hidup dan memelihara kebajikan mereka.

"Ia akan bertindak sebagai one-stop centre bagi mengkoordinasi seluruh program dan bantuan selain menjadi platform sebagai jambatan penghubung antara Kerajaan Negeri Pahang dan pentadbiran FELDA seterusnya seluruh warga FELDA di negeri Pahang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa inisiatif diteruskan untuk masyarakat Orang Asli antaranya ialah pelaksanaan projek baik pulih rumah Orang Asli dan projek pembekalan air ke kampung Orang Asli dengan jumlah peruntukan RM2.03 juta.

"Mereka juga menerima RM2.2 juta untuk pelaksanaan pelbagai program seperti pemberian komputer riba dan insentif perkahwinan kali pertama,” katanya.

RM91.97 juta tingkat perkhidmatan bekalan air

Kerja- kerja penggantian paip dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri ini. - Gambar Pahang Media.


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang menerusi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah memperuntukkan 91.97 juta ringgit bagi tahun 2025 untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri ini untuk meneruskan komitmen menangani isu bekalan air.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara manfaat daripada peruntukan ini ialah kerajaan negeri membina dan menyiapkan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Puling, Kuantan dengan peruntukan RM40 juta; LRA Gebeng, Kuantan RM45 juta; di Karak berjumlah RM500,000 serta Jelai RM570,000.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga mengutamakan penyelenggaraan jalan dan infrastruktur negeri dengan memperuntukkan RM94.6 juta bagi melaksanakan projek-projek merangkumi menaiktaraf jalan serta baikpulih dan menaiktaraf kompleks pejabat kerajaan di negeri ini.

"Saya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan projek infrastruktur jalan melalui Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-12 berjumlah RM645.74 juta,” katanya.

Tambahnya, peruntukan itu diluluskan menerusi dua kementerian iaitu Kementerian Kerja Raya berjumlah RM179.92 juta dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berjumlah RM465.82 juta.