NUJ desak kerajaan pinda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

Iklan
NUJ Semenanjung Malaysia mendesak kerajaan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan agar kebebasan media dapat dilaksanakan dengan sewajarnya - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia mendesak kerajaan meminda Akta Mesin Cetak danPenerbitan (PPPA) agar kebebasan media dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

Gesaan itu hasil Persidangan Tergempar Perwakilan Dwi-Tahunan (EDC) NUJ Semenanjung Malaysia ke-24 apabila perwakilan kekal sebulat suara meluluskan usul berkenaan.

Iklan
Iklan

Setiausaha Agung NUJ Semenanjung Malaysia, Teh Athira Mohamed Yusof berkata, usul itu mencerminkan komitmen dan pendirian NUJM sejak 90-an untuk memperjuangkan kebebasan media yang lebih inklusif dan bersesuaian dengan era digital.

"Mesyuarat juga telah meluluskan usul untuk mengadakan kempen mengumpul dana bagi membantu wartawan Palestin yang terkesan akibat penjajahan di negara tersebut.

Iklan

"Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen NUJ untuk menyokong rakan sejawat di Palestin yang menghadapi cabaran getir termasuk risiko keselamatan, tekanan psikologi, dan kekurangan sumber akibat konflik berterusan.

"Usul ini turut selari dengan amalan global yang dilaksanakan oleh organisasi seperti International Federation of Journalists (IFJ), yang giat menyokong hak dan kebajikan wartawan di kawasan konflik,"katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Teh Athira menambah, NUJ percaya wartawan di Palestin memainkan peranan penting dalam memastikan dunia mendapat laporan yang tepat dan berani mengenai situasi sebenar di lapangan.

Oleh itu katanya, dengan bantuan kewangan tersebut diharap dapat meringankan beban dan menyokong usaha mereka dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

"NUJ akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan wartawan antarabangsa, untuk memastikan dana yang dikumpul disalurkan dengan cara yang telus dan berkesan.

"NUJ juga menyeru organisasi media, ahli kesatuan, dan masyarakat umum untuk turut serta dalam usaha ini sebagai tanda solidariti kepada wartawan Palestin yang berdepan cabaran luar biasa demi melaporkan kebenaran,"katanya.