PN yakin mampu rampas Pahang, Perak, Selangor

Iklan
Muhyiddin ketika sidang media pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali ketujuh di IDCC Shah Alam pada Sabtu.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu merampas tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berdasarkan sokongan rakyat kepada PN di ketiga-tiga negeri itu semakin bertambah.

Iklan
Iklan

"Di utara memang ya kita sudah bentuk kerajaan, di bawah kita ada empat negeri. Kini Pahang, Perak sudah lihat sokongan sudah bertambah.

"Selangor pula kita hanya kurang sikit sahaja undi, kalau tidak menteri besar ada dekat sini (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)," katanya dalam sidang akhbar selepas berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali ketujuh di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama dalam sesi berkenaan, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Setiausaha Agung, Mohamed Azmin.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, ia bukan perkara yang mudah memandangkan ada persaingan.

Iklan

"Kita pembangkang, jadi sudah tahu. Kita kena bagi semangat kepada semua ahli.

"Oleh sebab itu, kita kena bekerja keras tapi tidak mustahil boleh berjaya. Saya faham ia sebagai satu cabaran," ujarnya.