PUTRAJAYA - Pimpinan Pakatan Harapan (PH) tetap mempertahankan Perjanjian Muafakat PH yang dimeterai dua tahun lalu bagi mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8.
Dalam kenyataannya, Anwar berkata, perjanjian yang dimeterai pada 7 Januari 2018 menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Ke-7 dan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Menurutnya, satu pertemuan telah diadakan dengan Dr Mahathir berikutan ada usaha licik daripada Pas, UMNO dan sebilangan kecil dari PKR sendiri yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinannya sehingga akhir penggal.
"Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan mengenai peralihan kuasa," katanya.
Tambahnya, beliau cenderung agar Dr Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
"Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari ini," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Saifuddin Nasution anggap SD sokong Dr Mahathir khabar angin
Anwar tidak tahu wujud akuan bersumpah halang jadi PMSemalam, portal Sarawak Report melaporkan sumber mendakwa bahawa ahli parlimen dari UMNO, Pas, Bersatu selain ahli parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali"telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur" bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam terakhir.