SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dan waspada di Kelantan, Terengganu serta Perak sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu berkata, amaran hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta Terengganu (Besut, Setiau, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu serta Marang).
Iklan
Iklan
Dua negeri lain yang akan mengalami hujan berterusan tahap waspada pula ialah Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Dungun serta Kemaman).
Setakat jam 12 tengah hari pada Sabtu, mangsa banjir di seluruh negara meningkat hampir 10,000 dalam tempoh dua jam, menjadikan jumlah keseluruhannya 130,957 dengan 39,268 keluarga.
Kelantan dan Terengganu masih mencatatkan jumlah tertinggi manakala lima lagi negeri, Kedah, Selangor, Perlis, Negeri Sembilan serta Johor turut menunjukkan peningkatan ketara.