Penunggang motosikal patah tangan dihempap palang besi dilanggar lori

Iklan
Penunggang motosikal patah tangan kanan selepas dihempap palang besi yang dilanggar sebuah lori dalam kejadian berhampiran Bulatan Dato Onn.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal patah tangan kanan selepas dihempap palang besi yang dilanggar sebuah lori dalam kejadian berhampiran Bulatan Dato Onn, berdekatan Bank Negara di sini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Kamalzul Anuar Zulkifli berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.22 malam Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan terbabit, pihak bomba menghantar jentera ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan terbabit melibatkan sebuah motosikal yang dihempap palang besi selepas dilanggar lori.

Iklan

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa, seorang lelaki dewasa yang tersepit di bawah palang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Penunggang motosikal menerima rawatan awal sebelum di bawa ke hospital berdekatan dalam kejadian berhampiran Bulatan Dato Onn.

Dalam pada itu, Kamalzul Anuar berkata, mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian untuk rawatan lanjut.

Iklan

"Operasi menyelamat ini membabitkan tujuh petugas daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT)," ujarnya.