Banjir: PM Pakistan hubungi Anwar, nyatakan solidariti kepada Malaysia

Iklan
Keadaan terkini Kampung Meranti, Pasir Mas yang ditenggelami banjir hari ini, berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas. Foto Bernama

NEW DELHI - Pakistan melahirkan rasa dukacita terhadap kerosakan akibat banjir yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia dan menawarkan bantuan untuk usaha pemulihan.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dalam panggilan telefon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan simpati dan solidariti beliau.

Iklan
Iklan
Anwar (tiga dari kiri) bersama Shehbaz Sharif. Foto Bernama

"Beliau menyatakan kekaguman terhadap tindak balas pantas Kerajaan Malaysia terhadap bencana alam ini. Kami akan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Malaysia sebagai tanda solidariti,” kata Shehbaz dalam satu hantaran di X.

"Kami juga membincangkan secara ringkas langkah seterusnya dalam hubungan Pak (Pakistan)-Malaysia dan bersetuju untuk terus bekerjasama rapat bagi memperkukuh kerjasama yang saling memberi manfaat,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar berkata, negara itu bersedia memberikan sokongan dalam usaha pemulihan.

"Rakyat Pakistan amat berdukacita atas kehilangan nyawa dan kerosakan akibat banjir dahsyat di Malaysia. Kami menyampaikan ucapan takziah dan doa untuk mangsa serta keluarga mereka,” kata Dar.

Iklan

Banjir besar yang melanda 10 negeri di Malaysia telah memaksa lebih 120,000 orang dipindahkan dan menyebabkan kerosakan besar kepada harta benda.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan. - Bernama