Tiga beranak terperangkap atas bumbung diselamatkan penduduk kampung

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

KOTA BHARU - Tiga beranak yang terperangkap di bumbung rumah di Kampung Meranti, Pasir Mas sejak petang semalam, berjaya diselamatkan penduduk kampung berkenaan.

Fazlinda Mohd Salleh, 38, berkata, suaminya Rijal Asmawi, 42, serta dua anaknya iaitu Muhammad Faiz, 15, dan Muhammad Fitri, 12, berjaya diselamatkan oleh penduduk dan dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bayu Lalang, sekitar 3.50 petang tadi.

Iklan
Iklan

"Mereka diselamatkan oleh penduduk di kampung itu menggunakan bot persendirian. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ketiga-tiga mereka ditemukan dengan selamat walaupun mereka telah keletihan.

"Saya menjadikan kejadian ini juga sebagai iktibar dan pengajaran untuk kami sekeluarga. Terima kasih juga kepada mereka yang bertanya khabar dan juga turut berkongsi perkongsian saya di Facebook,” katanya hari ini.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan seorang suri rumah dari Kampung Meranti, Pasir Mas memohon orang ramai termasuk agensi keselamatan, untuk menyelamatkan suami serta dua anak lelakinya yang terperangkap di bumbung rumah sejak petang semalam.

Fazlinda Mohd Salleh, 38, berkata suaminya Rijal Asmawi, 42 serta dua anaknya Muhammad Faiz, 15, dan Muhammad Fitri, 12, terperangkap di atas bumbung selepas pulang ke rumah petang semalam untuk mengangkat barangan ke tempat selamat. - Bernama

Iklan