Muhamad Nur Aiman guna pendekatan berbeza

Iklan
Pemegang jersi merah dari Team Sapura Cycling, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff membuat persiapan sebelum memulakan perlumbaan pada siri Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang memasuki peringkat ketujuh sejauh 130.4 kilometer dari Dewan Dato’ Hj Ahmad Badawi, Bagan ke Menara Alor Setar hari ini. - Foto Bernama

PELUMBA muda kebangsaan, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff bakal menggunakan pendekatan berbeza bagi memastikan Jersi Merah selaku Raja Bukit kekal menjadi miliknya pada edisi ke-25 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Pelumba pasukan Team Sapura Cycling Team (TSC) itu menegaskan beliau perlu mengutip sebanyak mungkin mata pada tujuh zon pendakian di Pulau Langkawi (loop race) esok, sambil perlu berwaspada dengan dua pencabar terdekatnya.

Iklan
Iklan

Anak jati Setiu, Terengganu itu yang mula menyarung Jersi Merah sejak peringkat ketiga pada 9 Februari lalu masih mengungguli carta teratas dengan kutipan 29 mata disusuli pelumba Perancis, Quentin Pacher dari pasukan B&B Hotels-Concept (20 mata) manakala pelumba pasukan Androni Giocattoli-Sidermec, Kevin Rivera Serrano dari Costa Rica berada di tempat ketiga dengan kutipan 15 mata selepas tujuh peringkat perlumbaan.

"Perancangan pertama adalah membiarkan pelumba yang tidak berada jauh daripada Aiman untuk kutip mata, atau perlu berwaspada dengan pelumba kedudukan kedua atau ketiga," jelas Muhamad Nur Aiman ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya perlumbaan Peringkat Ketujuh dari Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Bagan ke Menara Alor Setar di sini hari ini.

Iklan

Pelumba kebangsaan, Mohd Harrif Saleh dari pasukan Terengganu Inc. TSG Cycling Team muncul juara Peringkat Ketujuh, disusuli pelumba pasukan Bardiani CSF Faizane Matteo Pelucchi dari Itali di tempat kedua manakala pelumba Australia, Taj Jones menamatkan saingan di tempat ketiga pada perlumbaan sejauh 103.4km itu.

Komisar perlumbaan menganugerahkan masa yang sama iaitu 2 jam 53 minit dan 17 saat kepada 10 pelumba teratas selepas mereka menamatkan perlumbaan secara berkelompok.

Iklan

Mengulas lanjut, Muhammad Nur Aiman mendedahkan rentak perlumbaan esok dijangka pantas, memandangkan dua zon pecutan menanti pelumba.

"Perkara yang Aiman cuba elakkan adalah tidak memberi peluang kepada pelumba di kedudukan kedua atau ketiga jersi merah membuat pecahan awal, bagi menjamin jersi Merah itu kekal di tangan Aiman," jelas pelumba berusia 22 tahun itu yang meraih kedudukan kedua keseluruhan pada Jelajah Berbasikal Cambodia Bay pada awal bulan lepas.

Pelumba Malaysia tidak pernah memenangi Jersi Merah sejak perlumbaan LTdL diperkenalkan pada 1996. - Bernama