Covid-19: 2,600 lagi petugas perubatan dihantar ke Wuhan

Iklan
Gambar hiasan

MOSCOW - Seramai 2,600 lagi petugas perubatan dihantar ke bandar raya Wuhan, China untuk memerangi wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik memetik Televisyen Central China.

Keputusan itu mendapat kelulusan Presiden China, Xi Jinping.

Iklan
Iklan

Petugas perubatan yang terdiri doktor dan jururawat itu akan membantu merawat pesakit.

Angka korban akibat Covid-19 di wilayah Hubei, China melebihi 1,300 orang dengan jumlah kes disahkan sebanyak 48,200. - Bernama

Iklan
Iklan