MAIDUGURI - Angka korban akibat demam lassa di Nigeria meningkat kepada 70 orang.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC), lapan kematian baharu dicatatkan di tiga wilayah berasingan di negara tersebut.
"Seramai empat kakitangan perubatan turut dijangkiti wabak tersebut di Ondo, Delta dan Kaduna," kata NCDC dalam satu kenyataan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nigeria dilanda penyakit misteri
Jumlah kes dipercayai demam lassa meningkat secara drastik sejak pertengahan Januari iaitu dari 700 kepada 1,708 kes, manakala kes yang disahkan mencapai 472.
Demam lassa yang dinamakan sempena sebuah kampung di timur laut negeri Borno dikesan buat kali pertama pada tahun 1960-an dan ia merebak melalui najis atau air kencing tikus spesies Mastomys.
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, pening, sakit tekak, batuk, mual, muntah, sakit dada dan hilang pendengaran.
Tiada vaksin ditemui bagi mencegah penyakit itu. - Agensi