PPIM kemuka syor lindungi pengguna
Iklan
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan beberapa cadangan penting untuk dipertimbangkan termasuklah menyarankan bank membuat semakan dengan pihak kedua bagi memastikan hak pengguna lebih dilindungi dari penipuan kewangan atau scammer.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, terlalu mudah scammer mengambil kesempatan ke atas pengguna khususnya warga emas melalui penipuan dalam talian hingga ada individu mengalami kerugian mencecah RM70,000 hanya dalam tempoh beberapa minit.