[VIDEO] ATM berdepan arus deras, pindah 189 calon SPM di Rantau Panjang

Iklan

RANTAU PANJANG - [DIKEMAS KINI] Arus deras dan paras air yang cepat naik antara cabaran perlu dilalui oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa melakukan Op Murni bagi memindahkan 189 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan banjir di sini ke Pasir Mas pada Ahad.

Operasi tersebut bermula jam 6 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dengan menurunkan 11 buah trak dan 12 bot tempur.

Iklan
Iklan

Walaupun jaraknya cuma 15 kilometer namun ATM tetap fokus bagi memastikan kesemua calon SPM berada dalam keadaan selamat

Seramai 189 calon SPM dari Rantau Panjang yang terkesan dengan banjir akan dipindahkan ke beberapa buah sekolah di Pasir Mas oleh ATM melalui Op Murni pada Ahad.

Mereka perlu menaiki trak tujuh tan dari SK Gual Tinggi ke Kalbot Lima, kemudian turun meredah banjir sedalam 0.4 meter kemudian menaiki bot sehingga ke Padang Licin.

Iklan

Kemudian kesemua calon SPM tadi sekali lagi perlu meredah banjir berjalan kaki untuk menaiki trak lain sekali lagi, ini kerana arus deras serta air yang naik terlalu cepat hanya bot sahaja dapat digunakan dikawasan terbabit.

Pelajar tersebut kemudian dibawa mengharungi banjir menggunakan trak dan dihantar ke tiga buah sekolah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan iaitu SMK Pasir Mas, SMK Ibrahim 1 dan SMK Ibrahim 2.

Iklan

Op Murni tersebut tamat pada jam 3 petang dengan memastikan kesemua calon SPM itu dapat menduduki ujian lisan Bahasa Melayu yang bermula Isnin hingga Khamis ini.