'Buku, baju semua tenggelam banjir' - Calon SPM

Iklan
Nur Alyaa Maisara (dua,kiri) bersama calon-calon SPM lain akan dipindahkan ke Pasir Mas bagi menduduki ujian lisan Bahasa Melayu dan Inggeris pada Isnin.

RANTAU PANJANG - Banjir yang disifatkan luar biasa kali ini menyebabkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdepan situasi luar jangka dengan buku, baju sekolah, kelengkapan peperiksaan ditenggelami air.

Pelajar SMK Rantau Panjang, Nur Alyaa Maisara Abdul Malik,17, berkata, dia telah mengemas semua kelengkapan untuk menduduki peperiksaan di tempat tinggi, tetapi tetap ditenggelami banjir.

Iklan
Iklan

"Kami tidak sangka banjir seteruk ini. Habis semua rosak, hendak menduduki SPM pun rasa tidak sedia.

"Jadi kalut dan rumit. Dengan elektrik tiada, rumah tenggelam air," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di sini pada Ahad.

Iklan

Nur Alyaa Maisara antara 189 calon SPM yang akan dipindahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Pasir Mas untuk menumpang asrama di sekolah berkenaan bagi membolehkan mereka menduduki ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

Iklan