NAIB juara musim lalu, Arsenal yang mula konsisten kembali berada di prestasi terbaik meneruskan memontum itu apabila menjadikan West Ham United mangsa dengan membelasah kelab London itu, 5-2.
Stadium London, venue keramat The Hammers menyerlahkan potensi angkatan Mikel Arteta apabila meledak lima gol - Gabriel (m-10), Leandro Trossard (m-27), kapten Martin Odegaard (m-34 penalti), Kai Havertz (m-36), Bukayo Saka (m-45 5 penalti).
Sementara itu, gol pasukan tuan rumah Hammers yang dikendalikan penolong pengendali, Pablo Sanz diledakan Aaron Wan-Bissaka (m-38), Emerson Palmieri (m-40) untuk kekalahan keenam selepas mengharungi 13 perlawanan musim ini.
Kemenangan Arsenal yang dipacu dua individu penting Odegaard dan Saka menyaksikan kelab London utara itu melonjak ke tangga kedua liga dengan 25 mata hasil mengharungi 13 perlawanan.
"Sesuatu yang gila apabila kedua-dua pasukan tajam ketika berada di hadapan gawang. Tempoh 30 minit yang amat menakjubkan dalam perlawanan ini.
"Malah, sesuatu yang bagus apabila dapat menjaringkan gol kelima kerana ia menenangkan segala-galanya dan kami juga boleh bermain permainan yang sangat berbeza yang lebih sesuai dengan pasukan ini," kata Arteta.
KEPUTUSAN
Brighton 1-1 Southampton
Wolves 2-4 Bournemouth
Crystal Palace 1-1 Newcastle United
Nottingham Forest 1-0 Ipswich Town
Brentford 4-1 Leicester City
West United United 2-5 Arsenal