Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran

Iklan
Kejadian melibatkan kebakaran tiga unit rumah teres di perumahan Rancangan Rumah Murah, Kuang di sini pada Sabtu.

SUNGAI BULOH - Seorang anggota bomba cedera akibat dihempap dinding ketika memadamkan kebakaran di perumahan Rancangan Rumah Murah, Kuang di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, anggota bomba berumur lingkungan 30-an itu sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman ketika kejadian.

Iklan
Iklan
Anggota bomba bertugas sedang menjalankan kerja pemadaman melibatkan kebakaran tiga unit rumah teres di perumahan Rancangan Rumah Murah, Kuang di sini pada Sabtu.

"Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan akibat kejadian.

Iklan

Mengulas lanjut berkaitan kebakaran itu, Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan pada jam 7.06 petang berkaitan kebakaran melibatkan tiga unit rumah teres di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dibantu anggota BBP Sungai Buloh kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Anggota bomba bertugas berjaya mengawal kebakaran pada jam 7.49 petang sebelum operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 12.26 tengah malam.

"Tiada penghuni rumah berkenaan yang terlibat dalam kejadian itu dan setakat ini siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan," katanya.