Trak ATM tergelincir semasa redah banjir, tidak libatkan calon SPM

Iklan
Trak tujuh tan milik ATM yang tergelincir semasa Op Murni tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang. Foto ihsan pembaca

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergelincir semasa Op Murni tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.

Menurut Markas 2 Divisyen Infantri dalam satu kenyataan berkata, kenderaan tersebut telah berjaya dibawa keluar dan telah beroperasi sepenuhnya.

Iklan
Iklan

"Namun ekoran arus deras di Kalbot Lima menyebabkan ia tergelincir.

"Trak tersebut hanya dinaiki oleh anggota sahaja tidak melibatkan calon SPM," katanya.

Iklan

Kenyataan terbabit berkata, operasi khas ini telah berjaya dilaksanakan dengan jaya tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Sinar Harian Online melaporkan arus deras dan paras air yang cepat naik antara cabaran perlu dilalui oleh anggota ATM semasa melakukan Op Murni bagi memindahkan 189 calon SPM yang terkesan banjir di sini ke Pasir Mas.

Iklan

Operasi tersebut bermula jam 6 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dengan menurunkan 11 buah trak dan 12 bot tempur.